Aktiviti
Aktiviti KCFM Network perlu ditumpukan kepada beberapa elemen penting:
1. Pembangunan Sosial Dan Sahsiah Ahli.
2. Penjanaan Kewangan.
3. Perkongsian Kepakaran.
4. Bakti Komuniti Kepada Masyarakat.
Antara aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan oleh KCFM Network:
1. Majlis ramah mesra KCFM Network bagi menjalinkan kembali hubungan dan keakraban khususnya ahli-ahli dan masyarakat amnya.
2. Program pendidikan dan kerjaya boleh diadakan bagi mengatasi masalah ekonomi ahli secara amnya.
3. Kempen dan promosi.
4. Program Coaching dan Mentoring khas untuk melatih ahli menjadi seorang usahawan yang berjaya.
5. Program Bakti Komuniti kepada masyarakat bagi mendekatkan diri dengan masyarakat berpaksikan slogan “Dari Masyarakat Kami Datang, Kepada Masyarakat Kami Berbakti”.